Dialog Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Negeri
Posted on 04 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri
Dialog Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek: Development of Telecommunication Infrastructure and Facilities at Long Julan, Baram (JEN1_1507V)
Tarikh: 1.7.2026
Masa: 14:30 petang
Tempat: Rumah Ketua Kaum Jacob Taja, Long Julan
Sesi dialog ini bertujuan untuk memberikan penerangan berhubung pelaksanaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) dan 5(4) Kanun Tanah Negeri kepada penuntut/pemilik tanah yang berkepentingan ke atas tanah yang terlibat dalam projek tersebut.
Melalui dialog ini, Ketua Kaum dan penuntut telah diberi penerangan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pelaksanaan pengukuran, hak-hak pihak yang berkepentingan serta tatacara mengemukakan tuntutan pampasan. Borang E turut diberikan kepada penuntut yang terlibat bagi membolehkan maklumat berkaitan kepentingan ke atas tanah direkodkan dan diproses mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Dengan mengadakan sesi dialog ini, diharap dapat memberikan info serta pengetahuan kepada penuntut tentang proses pengambilan balik tanah oleh kerajaan.
