News

 

Dialog Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Negeri

Posted on 04 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri


Dialog Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek: Cadangan Pembangunan Kemudahan Awam di Integrated Administrative Centre (IAC) Mulu, Daerah Marudi, Bahagian Miri – Mini Sport Complex (Stadium), Medan Selera/Art Centre, Cottage Industry & Pasar Tamu & Community Hall

Tarikh: 29.06.2026
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Dewan Masyarakat, Kampung Sungai Melinau

Sesi dialog ini bertujuan untuk memberikan penerangan berhubung pelaksanaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) dan 5(4) Kanun Tanah Negeri kepada penuntut/pemilik tanah yang berkepentingan ke atas tanah yang terlibat dalam projek tersebut. 

Melalui dialog ini, Ketua Kaum dan penuntut telah diberi penerangan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pelaksanaan pengukuran, hak-hak pihak yang berkepentingan serta tatacara mengemukakan tuntutan pampasan. Borang E turut diberikan kepada penuntut yang terlibat bagi membolehkan maklumat berkaitan kepentingan ke atas tanah direkodkan dan diproses mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. 

Dengan mengadakan sesi dialog ini, diharap dapat memberikan info serta pengetahuan kepada penuntut tentang proses pengambilan balik tanah oleh kerajaan.




image Polls
image Announcement