Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak Bagi Bahagian Sri Aman
Posted on 30 Jun 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei bahagian Sri Aman
Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak Bagi Bahagian Sri Aman
Tarikh: 30 Jun 2026
Masa: 10 pagi
Tempat: Dewan Suarah Sri Aman
Seramai 540 pemilik tanah di Bahagian Sri Aman menerima manfaat apabila 72 pemilik menerima Warta Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak, manakala 468 pemilik lagi menerima Surat Hak Milik Tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak dalam majlis penyerahan yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan,Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak.
Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Francis Harden, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak merangkap ADUN N.32 Simanggang, YB Datuk Mong Dagang, ADUN N.31 Bukit Begunan, YB Puan Dayang Noorazah bte Haji Awang Sohor, ADUN N.28 Lingga, Dato Jasni bin Jubli, Pengarah Pembangunan Negeri Sarawak, Sr Haji Rozlan bin Haji Putit, Timbalan Pengarah Pengurusan Tanah dan Survei Sarawak dan Mahra Salleh, Residen Bahagian Sri Aman.
Penyerahan warta dan surat hak milik tanah ini merupakan antara usaha berterusan kerajaan untuk memberikan jaminan pemilikan tanah yang sah kepada penerima, sekali gus meningkatkan kesejahteraan dan pembangunan sosioekonomi masyarakat.
