Dialog Sesi Pengambilan Tanah di Bawah Seksyen 5(3) & 5(4) Kanun Tanah Negeri bagi Projek Kg. Mupong/Telok Gelam Road, Tanjung Manis (Mukah)
Posted on 01 Jul 2026
Source of News: Unit perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah
Dialog Sesi Pengambilan Tanah di Bawah Seksyen 5(3) & 5(4) Kanun Tanah Negeri bagi Projek Kg. Mupong/Telok Gelam Road, Tanjung Manis (Mukah)
Tarikh: 29 Jun 2026 (Isnin)
Masa: 10:30 Pagi
Tempat: Dewan Masyarakat Kampung Serdeng
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah telah mengadakan sesi dialog berkaitan pelaksanaan Seksyen 5(3) dan 5(4) Kanun Tanah Negeri bagi projek Kg. Mupong/Telok Gelam Road, Tanjung Manis (Mukah Sector).
Sesi dialog ini bertujuan untuk memberikan penjelasan terperinci mengenai proses pengambilan tanah dan cara membuat tuntutan kepada penuntut-penuntut tanah yang terlibat dalam jajaran jalan projek tersebut.
Pihak JTS Mukah juga telah mengedarkan borang tuntutan (Borang E) kepada penuntut yang terlibat untuk tujuan rekod rasmi.
Sesi dialog ini diharap dapat memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai proses pengambilan balik tanah oleh kerajaan. Pendekatan proaktif ini amat penting bagi memastikan pelaksanaan projek infrastruktur berjalan lancar, teratur dan telus, sekali gus membawa manfaat serta kesejahteraan kepada penduduk di kawasan tersebut.
