News

 

MAJLIS PENYERAHAN SURAT HAKMILIK TANAH SEKSYEN 18 KANUN TANAH SARAWAK DAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (TOL) BAHAGIAN BINTULU

Posted on 29 Jun 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu


MAJLIS PENYERAHAN SURAT HAKMILIK TANAH SEKSYEN 18 KANUN TANAH SARAWAK DAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (TOL) BAHAGIAN BINTULU

TARIKH : 29 JUN 2026
MASA : 1000 PAGI - 1230 PETANG
TEMPAT : AUDITORIUM BDA WISMA BINTULU

Bertepatan jam 10.00 pagi 29 Jun 2026,satu momen bersejarah bagi penduduk di Sg Senunok/Sg Kelebu, Tatau, Sg Rassan, Sg Sepadok dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) Melayu Tubau telah tercipta dengan penerimaan surat hakmilik tanah sebanyak 189 geran dan 39 Lesen Pendudukan Sementara (TOL).




Objektif pemberian geran di bawah Seksyen 18 adalah sebahagian daripada Inisiatif Baharu NCR untuk memberikan jaminan pemilikan tanah hak adat secara kekal, sah di sisi undang-undang dan tidak boleh dipertikaikan, mengelakkan tanah daripada diceroboh atau diambil alih oleh pihak tidak bertanggungjawab dan geran ini dikeluarkan tanpa sebarang caj premium tanah, cukai tanah tahunan, atau kos pengukuran.

Manakala untuk TOL adalah kebenaran sementara untuk penduduk kampung melayu Tubau untuk menduduki tanah kerajaan.




image Polls
image Announcement