News

 

Dialog Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek Development of Telecommunication Infrastructure & Facilities Rh Niga Anak Ngayonh,Long Niri,Miri (JEN1_1523)

Posted on 28 Jun 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri
Dialog Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek Development of Telecommunication Infrastructure & Facilities Rh Niga Anak Ngayonh,Long Niri,Miri (JEN1_1523)

Tarikh: 25.6.2026

Masa: 10:00 pagi

Tempat: Dewan Masyarakat Rh Niga Anak Ngayong, Long Niri,Miri




Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Miri telah mengadakan Dialog Seksyen 5(3) dan 5(4) Kanun Tanah Negeri bagi Projek Development of Telecommunication Infrastructure & Facilities at Rh Niga Anak Ngayong,Long Niri,Miri (JEN1_1523) pada jam 10:00 pagi bertempat di Dewan Masyarakat Rh Niga.

Penganjuran dialog ini bertujuan untuk memberikan penerangan berhubung pelaksanaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) dan 5(4) Kanun Tanah Negeri kepada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan ke atas tanah yang terlibat dalam jajaran projek tersebut. 

Melalui dialog ini, Ketua-Ketua Kaum telah diberi penerangan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pelaksanaan yang akan dijalankan, hak-hak pihak yang berkepentingan serta tatacara mengemukakan tuntutan pampasan. JTS turut mengedarkan Borang E kepada pihak yang terlibat bagi membolehkan maklumat berkaitan kepentingan ke atas tanah direkodkan dan diproses mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Selain itu, sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi ruang kepada Ketua-Ketua Kaum mendapatkan penjelasan lanjut berhubung aspek teknikal, perundangan dan pentadbiran yang berkaitan dengan proses pengambilan tanah.

Sesi dialog tersebut telah dihadiri oleh Tuan Karlin Anak Jimmy dan wakil dari Pejabat Daerah Kecil Tinjar, serta Penghulu dan Ketua-Ketua Kaum dari kawasan Tinjar.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai proses pengambilan tanah yang dilaksanakan oleh Kerajaan, di samping memperkukuhkan kerjasama antara agensi pelaksana dan komuniti setempat. Pendekatan melalui sesi dialog seperti ini juga penting bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur dapat dijalankan dengan lancar, teratur dan telus demi manfaat serta kesejahteraan penduduk di kawasan Tinjar.




image Polls
image Announcement