News

 

SESI DIALOG PENGAMBILAN BALIK TANAH BAGI PROJEK SEMATAN REGIONAL WATER SUPPLY (TELOK MELANO/SERABANG RESERVOIR HIGH LEVEL TANK TELOK SERABANG)

Posted on 26 Jun 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching
SESI DIALOG PENGAMBILAN BALIK TANAH BAGI PROJEK SEMATAN REGIONAL WATER SUPPLY (TELOK MELANO/SERABANG RESERVOIR HIGH LEVEL TANK TELOK SERABANG)


Tarikh : 26 Jun 2026
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Surau Kampung Telok Serabang

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching telah mengadakan Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah di bawah Seksyen 5(3) dan 5(4) Kanun Tanah Negeri (KTS) bagi Projek Sematan Regional Water Supply (Telok Melano/Serabang Reservoir High Level Tank Telok Serabang) pada 26 Jun 2026 bertempat di Surau Kampung Telok Serabang.

Sesi dialog ini bertujuan memberi penerangan secara menyeluruh kepada pemilik dan penuntut tanah yang terlibat mengenai proses pengambilan balik tanah, prosedur pelaksanaan projek serta hak dan tanggungjawab pihak-pihak berkepentingan mengikut peruntukan Kanun Tanah Negeri. Program ini turut menyediakan ruang kepada penduduk setempat untuk mengemukakan pertanyaan, mendapatkan penjelasan serta berkongsi pandangan secara terus dengan wakil jabatan dan agensi berkaitan.

Pelaksanaan projek ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh sistem bekalan air serantau di kawasan Sematan, khususnya bagi Telok Melano dan Telok Serabang, demi memastikan penyampaian bekalan air yang lebih mampan, cekap dan berkualiti kepada masyarakat. Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching akan terus komited melaksanakan proses pengambilan balik tanah secara telus, adil dan berlandaskan undang-undang, selaras dengan usaha Kerajaan Sarawak dalam memacu pembangunan yang inklusif serta mengutamakan kepentingan rakyat.




image Polls
image Announcement