DIALOG PENGAMBILAN BALIK TANAH BAGI PROJEK PEMBINAAN PUSAT KOPI BAYUR–JAMBU, KUCHING
Posted on 25 Jun 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching
DIALOG PENGAMBILAN BALIK TANAH BAGI PROJEK PEMBINAAN PUSAT KOPI BAYUR–JAMBU, KUCHING
Tarikh : 25 Jun 2026
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Kampung Bra’ang Bayur
KUCHING, 25 Jun 2026 – Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Kuching hari ini telah mengadakan Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah di bawah Seksyen 5(3) dan 5(4) Kanun Tanah Sarawak (KTS) bagi Projek Pembinaan Pusat Kopi di Bayur–Jambu, Kuching. Program yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Bra’ang Bayur itu bertujuan memberi penerangan kepada pemilik dan penuntut tanah yang terlibat mengenai proses pengambilan balik tanah serta pelaksanaan projek pembangunan berkenaan.
Sesi dialog ini turut menjadi platform untuk mendapatkan maklum balas, pandangan dan pertanyaan daripada komuniti setempat bagi memastikan proses pengambilan balik tanah dilaksanakan secara telus, teratur dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
JTS Bahagian Kuching merakamkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan penduduk yang hadir serta memberikan kerjasama dalam menjayakan sesi dialog ini demi menyokong pembangunan dan kemajuan kawasan Bayur–Jambu.
