MAJLIS PENYERAHAN CEK PELAKSANAAN PROJEK TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR), PROGRAM 1/2026 & 4/2026 BAHAGIAN SARIKEI
Posted on 26 Jun 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan tanah dan Survei Bahagian Sarikei
MAJLIS PENYERAHAN CEK PELAKSANAAN PROJEK TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR), PROGRAM 1/2026 & 4/2026 BAHAGIAN SARIKEI
Tarikh : 25.06.2026 (KHAMIS)
Masa : 3.00 PETANG
Tempat : TINGKAT 11, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN SARAWAK, BAHAGIAN SARIKEI
Pada 25 Jun 2026, Pejabat Tanah dan Survei, Bahagian Sarikei telah mengadakan majlis penyerahan cek tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada 4 penerima manfaat (benifisiari) iaitu:-
1. SURAU DARUL TAQWA KPG. SELEMAS, BINTANGOR
2. SEKOLAH KEMBANGAN SUNGAI SELIDAP, BINTANGOR
3. JKKK RUMAH PANJANG NICHOLAS ABU SEMAN ANAK THOMAS, BINTANGOR
4. JKKK RUMAH PANJANG JAWI ANAK MICHEAL JAWOL, BINTANGOR
Yang Berhormat Datuk Ding Koung Hiing, ADUN N.46 Meradong telah sudi menyerahkan cek ini dengan jumlah keseluruhan bantuan dana ini ialah RM50,000.00
Melalui penyerahan bantuan dana ini, pihak Jabatan berharap agar sumbangan yang disalurkan dapat memberikan impak yang positif serta meringankan beban kewangan pihak pengurusan surau, sekolah, dan jawatankuasa rumah panjang yang terlibat. Kerjasama strategik melalui program CSR seperti ini diharap dapat terus memperkukuh hubungan muhibah antara agensi kerajaan, kepimpinan kawasan, dan masyarakat setempat demi kesejahteraan bersama di Bahagian Sarikei.
Semoga sumbangan dana ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh keempat-empat penerima manfaat bagi melengkapkan keperluan aset surau dan sekolah, menyokong aktiviti pembelajaran, serta membantu usaha membaik pulih rumah panjang. Adalah menjadi harapan kami agar inisiatif CSR ini menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti yang lebih mampan dan harmoni di kawasan Meradong dan Sarikei secara keseluruhan.
Sekian.
-Tamat-