News

 

SESI PERBINCANGAN BERSAMA SARAWAK ENERGY BERHAD

Posted on 25 Jun 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu


SESI PERBINCANGAN BERSAMA SARAWAK ENERGY BERHAD

Tarikh: 25 Jun 2026

Masa: 9.30 pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat 2, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu telah mengadakan sesi perbincangan bersama wakil Ibu Pejabat Sarawak Energy Berhad di Bilik Mesyuarat Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu pada pagi ini.

Sesi perbincangan ini menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, mendapatkan maklum balas, menjawab pertanyaan serta memberi penjelasan berkaitan pengambilalihan tapak bagi pembinaan menara komunikasi dan beberapa projek lain yang sedang giat dilaksanakan oleh Sarawak Energy Berhad. Melalui sesi ini, beberapa persetujuan dan penyelesaian terhadap isu-isu yang dibangkitkan telah berjaya dicapai hasil kerjasama erat antara kedua-dua pihak.

Perbincangan tersebut dihadiri oleh wakil Sarawak Energy Berhad iaitu Mohd Khairulazree, Nurullina Kipiey, Izzah Zakirah dan Junetta Manggie. Manakala pihak Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu diwakili oleh Penguasa Tanah dan Survei serta ketua-ketua cawangan yang berkaitan.

Kehadiran ketua-ketua cawangan telah memudahkan sesi perbincangan dan membolehkan isu-isu teknikal serta pentadbiran dibincangkan secara langsung dengan pegawai yang bertanggungjawab. Pendekatan sebegini amat penting bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, teratur dan lancar demi kepentingan pembangunan negeri.







image Polls
image Announcement