PROGRAM JELAJAH INTERGRITI DI PEJABAT BAHAGIAN LIMBANG
Posted on 24 Jun 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang
PROGRAM JELAJAH INTERGRITI DI PEJABAT BAHAGIAN LIMBANG
TARIKH : 24 JUN 2026
MASA : 08.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT JTS LIMBANG TINGKAT 7
Pada 24 Jun 2026, Unit Integriti Jabatan Tanah dan Survei telah menganjurkan satu Program Jelajah Integriti di Pejabat Bahagian Limbang dari jam 0830 pagi hingga 1230 tengahari.
Tujuan penganjuran program tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan integriti serta memupuk nilai amanah, profesionalisme dan tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas harian. Pelbagai pengisian telah disampaikan, termasuk perkongsian berkaitan pematuhan tatakelakuan, pencegahan rasuah dan pengukuhan tadbir urus yang baik. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tujuan unit ini ditubuhkan.
Diharapkan melalui program ini, semua kakitangan JTS bahagian Limbang akan lebih telus dan amanah dalam melaksanakan tugasan masing-masing untuk kepentingan masyarakat.