News

 

Dialog Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek Development of Telecommunication Infrastructure & Facilities At Long Buang(1),Telang Usan,Miri (JEN1_1592)(1)

Posted on 23 Jun 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri


Dialog Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek Development of Telecommunication Infrastructure & Facilities At Long Buang(1),Telang Usan,Miri (JEN1_1592)(1)

Tarikh: 23.6.2026 @ 12:00pm
Tempat: Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Telang Usan

Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Miri telah mengadakan Dialog Seksyen 5(3) dan 5(4) Kanun Tanah Negeri bagi Projek Development of Telecommunication Infrastructure & Facilities at Long Buang(1),Telang Usan,Miri (JEN1_1592)(1) pada jam 12:00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Telang Usan.

Penganjuran dialog ini bertujuan untuk memberikan penerangan berhubung pelaksanaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) dan 5(4) Kanun Tanah Negeri kepada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan ke atas tanah yang terlibat dalam jajaran projek tersebut.

Melalui dialog ini, Ketua-Ketua Kaum telah diberi penerangan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pelaksanaan yang akan dijalankan, hak-hak pihak yang berkepentingan serta tatacara mengemukakan tuntutan pampasan. JTS turut mengedarkan Borang E kepada pihak yang terlibat bagi membolehkan maklumat berkaitan kepentingan ke atas tanah direkodkan dan diproses mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Selain itu, sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi ruang kepada Ketua-Ketua Kaum mendapatkan penjelasan lanjut berhubung aspek teknikal, perundangan dan pentadbiran yang berkaitan dengan proses pengambilan tanah.

Sesi dialog tersebut telah dihadiri oleh Puan Dayang Suriaty binti Abang Shamat (JTS), Encik Ahmad Adzroul (MCMC) selaku agensi pelaksana projek, serta Penghulu dan Ketua-Ketua Kaum dari kawasan Telang Usan.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai proses pengambilan tanah yang dilaksanakan oleh Kerajaan, di samping memperkukuhkan kerjasama antara agensi pelaksana dan komuniti setempat. Pendekatan melalui sesi dialog seperti ini juga penting bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur dapat dijalankan dengan lancar, teratur dan telus demi manfaat serta kesejahteraan penduduk di kawasan Telang Usan.


 


image Polls
image Announcement