News

 

SESI DIALOG PENGAMBILAN BALIK TANAH BAGI PROJEK PEMBINAAN BARU JALAN DAN JAMBATAN DARI KAMPUNG PISA KE PEJIRU

Posted on 25 Jun 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching


SESI DIALOG PENGAMBILAN BALIK TANAH BAGI PROJEK PEMBINAAN BARU JALAN DAN JAMBATAN DARI KAMPUNG PISA KE PEJIRU

Tarikh : 24 Jun 2026

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Dewan Masyarakat Kampung Krokong

KROKONG, 24 JUN 2026 - Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching telah mengadakan Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5(3) dan 5(4) Kanun Tanah Sarawak (KTS) bagi Projek Pembinaan Baru Jalan dan Jambatan dari Kampung Pisa ke Pejiru, Bau, bertempat di Dewan Serbaguna Krokong hari ini.

Sesi dialog ini bertujuan untuk memberikan penerangan kepada pemilik dan penuntut tanah yang terlibat mengenai proses pengambilan balik tanah, skop projek serta implikasi pelaksanaan pembangunan infrastruktur tersebut. Program ini juga menjadi platform bagi pihak Jabatan untuk mendapatkan maklum balas, menjawab pertanyaan dan menjelaskan perkara-perkara berkaitan proses pengambilan balik tanah mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Projek pembinaan jalan dan jambatan ini merupakan antara inisiatif Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan rangkaian perhubungan serta memudahkan akses penduduk setempat, sekali gus menyokong pembangunan sosioekonomi kawasan luar bandar khususnya di sekitar Kampung Pisa dan Pejiru.

Sesi dialog tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Miro Anak Simuh, wakil-wakil agensi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, ketua masyarakat dan ketua kampung kawasan Bau serta para pemilik dan penuntut tanah yang terlibat.

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak merakamkan penghargaan atas kerjasama dan sokongan semua pihak dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan ini dapat berjalan dengan lancar demi manfaat masyarakat dan pembangunan negeri secara keseluruhannya.






image Polls
image Announcement