News

 

Program Derma Darah LANDAS Miri Bantu Tingkatkan Bekalan Darah Hospital Miri

Posted on 24 Jun 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri
Program Derma Darah LANDAS Miri Bantu Tingkatkan Bekalan Darah Hospital Miri



MIRI, 24 Jun – Kelab Sukan dan Sosial Jabatan Tanah dan Survei (LANDAS) Miri telah berjaya menganjurkan Program Derma Darah 2026 di Ruang Lobi Wisma Pelita Tunku, Miri dengan kerjasama WPT Management Corporation, Pusat Darah Hospital Miri, Bulan Sabit Merah Malaysia Bahagian Miri, Co-opbank Pertama Malaysia Berhad, Rotary Club of Miri Oil Town dan Alpro Clinic.

Program ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) LANDAS Miri yang bertujuan membantu meningkatkan bekalan darah Hospital Miri, di samping memupuk budaya kesukarelawanan, meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan darah dan menggalakkan gaya hidup sihat.

Sepanjang program berlangsung, seramai 42 orang mendaftar sebagai penderma darah dan 32 orang berjaya menderma darah, sekali gus menyumbang 32 beg darah kepada Pusat Darah Hospital Miri bagi kegunaan pesakit yang memerlukan.

Selain pendermaan darah, pengunjung turut berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma serta mendapatkan maklumat melalui pameran yang disediakan oleh Co-opbank Pertama Malaysia Berhad dan Alpro Clinic.

Kejayaan program ini membuktikan komitmen LANDAS Miri dan rakan strategik dalam menyokong usaha menyelamatkan nyawa serta memperkukuhkan semangat keprihatinan dan kesukarelawanan dalam masyarakat.






image Polls
image Announcement