Dialog Meja Bulat Pengukuran Perimeter Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak bagi Kawasan Sg Baoh Burak
Tarikh: 23.06.2026 (Selasa)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Pejabat Daerah Selangau
Dialog tersebut telah menghimpunkan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) yang terlibat bersama wakil dari Pusat Khidmat DUN N.57 Tellian dan Pejabat Daerah Dalat bagi memaklumkan pelaksanaan pengukuran perimeter NCR kawasan Sungai Baoh Burak yang telah diluluskan.
Program tersebut juga bertujuan membantu penduduk memahami proses penyukatan tanah NCR Inisiatif Baru selain menjadi platform perbincangan bagi memperkukuh kerjasama antara komuniti demi memastikan pelaksanaan pengukuran tanah NCR berjalan lancar dan teratur.