PROGRAM JELAJAH INTERGRITI DI PEJABAT BAHAGIAN BINTULU
Posted on 22 Jun 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu
Pada 22 Jun 2026, Unit Integriti Jabatan Tanah dan Survei telah menganjurkan satu Program Jelajah Integriti di pejabat bahagian Bintulu dari jam 0800 pagi hingga 1200 tengahari.
Tujuan penganjuran program tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan integriti serta memupuk nilai amanah, profesionalisme dan tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas harian. Pelbagai pengisian telah disampaikan, termasuk perkongsian berkaitan pematuhan tatakelakuan, pencegahan rasuah dan pengukuhan tadbir urus yang baik. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tujuan unit ini ditubuhkan.
Diharapkan melalui program ini, semua staf JTS bahagian Bintulu akan lebih telus dalam melaksanakan tugasan masing-masing untuk kepentingan masyarakat.