News

 

Program Ibadah Korban Cawangan Tanah Ibu Pejabat Jabatan Tanah Dan Survei

Posted on 30 May 2026
Source of News: UNIT PERHUBUNGAN AWAM IBU PEJABAT JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK
Program Ibadah Korban Cawangan Tanah Ibu Pejabat Jabatan Tanah Dan Survei

Tarikh : 30 Mei  2026

Masa : 7:00 Pagi

Tempat : Stor Patingan JTS


  Majlis Ibadah Korban Cawangan Tanah diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha sebagai tanda ketaatan kepada Allah SWT serta menghayati pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

  Program ini bertujuan memupuk semangat ukhuwah, kerjasama dan keprihatinan dalam kalangan warga cawangan tanah melalui pelaksanaan ibadah korban serta pengagihan daging korban kepada golongan yang memerlukan.

  Majlis ini melibatkan aktiviti melapah, pembungkusan dan pengagihan daging korban yang dilaksanakan secara bergotong-royong. Diharapkan program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim, menyemai nilai kebajikan serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat.


  "Ibadah Disempurnakan, Ukhuwah Diperkukuhkan, Kebajikan Dikongsi Bersama."



image Polls
image Announcement