PROGRAM IBADAH KORBAN JABATAN TANAH DAN SURVEI BAHAGIAN SAMARAHAN 2026
Alhamdullillah, pagi tadik kamek dapat meluangkan masa bersama warga Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan dalam program ibadah korban yang berlangsung dalam suasana cukup tenang dan penuh kemesraan.
Apa yang paling menarik perhatian kamek apabila melihat warga jabatan dapat meluangkan masa bergotong-royong bersama walaupun masing-masing mempunyai tugas dan komitmen kerja yang perlu dilaksanakan. Ada yang membantu menguruskan daging korban, membungkus agihan dan memastikan perjalanan program berjalan lancar.
Bagi kamek, inilah antara nilai sebenar Aidiladha, bukan hanya tentang ibadah korban, tetapi semangat kebersamaan, keikhlasan dan saling membantu antara satu sama lain.
Dalam kesibukan harian, peluang untuk berkumpul dan bekerjasama seperti tok sebenarnya amat bermakna kerana ia dapat mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kekeluargaan dalam tempat kerja dan masyarakat.
Kamek juak ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tok dengan begitu baik dan teratur.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan pada tahun tok membawa keberkatan kepada semua.
Turut hadir bersama, En. Ahmad Raslan bin Yaiyah, Penguasa Bahagian Samarahan.
