News

 

Majlis Pelancaran SACSES JTS 2026 dan Gotong Royong Perdana

Posted on 25 May 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam

 
Majlis perasmian Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) Jabatan Tanah dan Survei Sarawak 2026 yang diadakan  hari ini menjadi platform penting dalam memperkukuh budaya kerja lestari dan berintegriti dalam kalangan warga jabatan. Program ini selaras dengan aspirasi kerajaan Sarawak untuk memperkasa tadbir urus yang cekap, inovatif dan mesra alam menerusi pelaksanaan SACSES). Perasmian dimulakan dengan bacaan doa, diikuti amanat dari Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Datu Awang Zamhari bin Awang Mahmood dan diikuti sesi perasmian serta foto berkumpulan. Program turut diteruskan dengan sesi lawatan ke setiap 9 aras di Menara Pelita dengan penyerahan papan tanda kepada ketua aras sebagai simbolik pembudayaan dan pelancaran program.


     Majlis ini jelas mencerminkan komitmen JTS dalam mempertingkatkan kecemerlangan organisasi melalui transformasi digital, inovasi dan pemeliharaan alam sekitar. Selain ia mampu memperkukuh kerjasama antara warga jabatan serta menyokong agenda pembangunan negeri menjelang 2030 termasuk ia membuktikan kesungguhan jabatan dalam memastikan sistem pengurusan tanah dan survei di Sarawak sentiasa relevan, mampan dan berdaya saing.






image Polls
image Announcement