News

 

Sarawak perkasa Kadaster Marin pacu ekonomi biru

Posted on 07 May 2026
Source of News: Harian Metro


Kuching: Sarawak memberi tumpuan kepada pembangunan Kadaster Marin sebagai langkah memperkukuh tadbir urus laut dan memacu ekonomi biru negeri secara mampan.

Pengarah Jabatan Tanah dan Survey (JTS) Sarawak, Datuk Awang Zamhari Awang Mahmood berkata, ketika dunia bergerak ke arah masa depan, perspektif pembangunan tidak lagi hanya tertumpu di daratan semata-mata, sebaliknya perlu diperluaskan ke kawasan laut.

Beliau berkata, konsep Kadaster Marin menjadi antara komponen penting dalam pengurusan ruang marin yang semakin kompleks dan strategik kepada pembangunan negeri.

"Kadaster Marin ialah sistem bersepadu yang mengurus sempadan maritim, data spatial marin, rekod marin, hak, sekatan dan tanggungjawab merentasi permukaan laut, turus air serta dasar laut," katanya dalam ucapan pada majlis perasmian Kongres Surveyor 2026 di sini, hari ini.



image Polls
image Announcement