KUCHING, 7 Mei - Sarawak bercadang untuk memetakan kawasan lautnya menjelang 2029.
Pengarah Jabatan Tanah dan Survey Sarawak, Datu Awang Zamhari Awang Mahmood berkata, ia penting bagi menetapkan sempadan marin dan mempertahan kedaulatan wilayah marin negeri ini.
Kajian dibawah pelan hala tuju kadaster marin itu melibatkan sembilan skop dan akan dilaksanakan bermula tahun ini hingga 2028.
“Kadaster marin ini diperlukan untuk mengurus kawasan marin kita yang memerlukan sistem rekod ukur yang lengkap dan teratur. Oleh itu, Kerajaan Sarawak telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia, UTM,” Katanya.
Datu Awang Zamhari ditemui media selepas Kongres Surveyor 2026: Land to Legacy di Kuching, hari ini.
Pelan kadaster pertama di Malaysia itu merupakan mekanisme terbaik dalam sudut pengawasan dan pengurusan marin selain perlindungan alam sekitar.
Seramai 193 ahli Institut Surveyor Diraja Malaysia Cawangan Sarawak hadir dalam kongres itu.