KUCHING, 7 MAC: Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) mengedarkan sebanyak 600 pek bubur lambuk kepada warga kerja di Menara Pelita serta orang awam sempena Program Ihya’ Ramadan yang dianjurkan oleh jabatan itu.
Dalam kenyataan media pada Jumaat, JTS memaklumkan program berkenaan merupakan antara inisiatif kebajikan jabatan serta tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyemarakkan semangat Ramadan.
“Ia juga bertujuan menggalakkan amalan bersedekah dan berkongsi rezeki dalam kalangan warga kerja serta masyarakat setempat.
“Agihan bubur lambuk itu mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan serta pengunjung yang hadir, sekali gus memeriahkan suasana Ramadan di Menara Pelita,” menurut JTS.
bubur lambuk kepada orang awam yang melalui Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub berhampiran laluan masuk ke Menara Pelita telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Pengurusan JTS, Rozlan Putit, bersama Timbalan Pengarah Operasi, Irene Wee Siew Liang.
Turut hadir ialah penolong-penolong pengarah serta pegawai jabatan yang lain.
JTS menambah, penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus memperkukuh hubungan silaturahim antara warga jabatan dan masyarakat, di samping menyemai semangat kebersamaan serta budaya berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan. -TVS