News

 

JTS EDAR 600 PEK BUBUR LAMBUK SEMARAKKAN RAMADAN

Posted on 07 Mar 2026
Source of News: UNIT PERHUBUNGAN AWAM IBU PEJABAT JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK
Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus memperkukuh hubungansilaturahim antara warga jabatan dan masyarakat, di samping menyemai semangatkebersamaan serta budaya berkongsi rezeki dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
 
Edaran bubur lambuk kepada orang awam yang melalui Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub berhadapan laluan masuk ke Menara Pelita telah diketuai oleh Timbalan PengarahPengurusan JTS, Sr. Rozlan bin Haji Putit, bersama-sama Timbalan Pengarah Operasi,TPr. Irene Wee Siew Liang. Turut hadir ialah Penolong-Penolong Pengarah JTS sertapegawai-pegawai jabatan yang lain.
 
Agihan bubur lambuk tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan serta pengunjung yang hadir, sekali gus memeriahkan suasana Ramadan di Menara Pelita.
 
Program tersebut merupakan salah satu inisiatif kebajikan jabatan serta tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyemarakkan semangat Ramadan di samping menggalakkan amalan bersedekah dan berkongsi rezeki dalam kalangan warga kerja dan masyarakat.
 
KUCHING, 6 Mac: Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) mengedarkan sebanyak 600 pek bubur lambuk kepada warga kerja di Bangunan Menara Pelita, Kuching serta orang awam sempena penganjuran Program Ihya’ Ramadan, hari ini.
 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
IBU PEJABAT
JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK
Tarikh: 06.03.2026
 


image Polls
image Announcement