News

 

CSR: JTS Sarawak santuni anak-anak SCCS

Posted on 11 Jan 2026
Source of News: Suara Sarawak


JTS santuni pesakit kanser. FOTO: UKAS

KUCHING: Menyambut Tahun Baharu 2026 dengan penuh makna, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak membawa senyuman kepada pesakit kanser kanak-kanak melalui lawatan khas ke Pusat Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak (SCCS), Sabtu lalu.

Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) jabatan, yang dinamakan ‘Landas Gives Back – Love In A Box’ bagi menyerahkan sumbangan kepada kanak-kanak sambil memupuk semangat kasih sayang dan perpaduan.
 

Pengarah JTS, Datuk Awang Zamhari Awang Mahmood berkata, kehadiran pegawai jabatan di SCCS adalah sebagai manifestasi keprihatinan warga JTS terhadap kanak-kanak dan keluarga mereka.

“Melalui Love In A Box, pegawai kami bekerjasama mengumpul dan membungkus hadiah peribadi seperti mainan, alat tulis, keperluan sekolah dan pelitup muka.

“Setiap kotak adalah harapan, senyuman dan semangat baharu untuk kanak-kanak memulakan 2026 dengan ceria,” katanya.

“Sokongan SCCS dalam menyediakan penginapan sementara dan bantuan pentadbiran amat berharga, terutamanya bagi keluarga dari kawasan luar bandar,” tambahnya.

Dalam pada itu, pelbagai pengisian menarik turut diadakan termasuklah permainan santai bersama dengan kanak-kanak dan penjaga.

Lawatan ke fasiliti SCCS dan acara utama iaitu penyerahan sumbangan ‘Love In A Box’ dan sesi beramah mesra bersama-sama pesakit, keluarga dan kakitangan SCCS.

Untuk rekod, Inisiatif ini bermula pada November 2025 melalui Unit Perhubungan Awam JTS dan mendapat sambutan hangat daripada kakitangan ibu pejabat.

 



image Polls
image Announcement