JTS SARAWAK SANTUNI KANAK-KANAK PESAKIT KANSER SCCS
Posted on 11 Jan 2026
Source of News: RTM Sarawak
KUCHING, 10 Jan - Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak hari ini menyantuni kanak-kanak pesakit kanser di Pusat Pertubuhan Kanser Kanak-Kanak Negeri Sarawak (SCCS) Kuching dalam Program JTS, “Landas Gives Back - Love In A Box” bersempena dengan sambutan Tahun Baharu 2026.
Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (SCR) daripada JTS itu menyaksikan kanak-kanak pesakit kanser menerima sumbangan berbentuk barangan mainan, keperluan harian dan sekolah serta set alat tulis, sebagai meraikan semangat juang kanak-kanak di pusat itu.
Program bertemakan kasih sayang itu dihadiri oleh Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, Datu Awang Zamhari Awang Mahmood bersama warga kerja JTS yang berkongsi kegembiraan dan semangat kekeluargaan dengan anak-anak serta ibubapa di SCCS.
JTS Sarawak komited untuk meneruskan program kebajikan seumpama itu, dan berharap agar jalinan kerjasama dengan SCCS akan terus kukuh.
Turut hadir ialah Presiden SCCS, Mary Kiu Ai Ling, Timbalan Pengarah Pengurusan, Rozlan Putit.