News

 

Sarawak perkasakan sistem ukur kadaster dengan SGeD20

Posted on 12 Nov 2025
Source of News: TVS


Ketua Perunding Projek Uni-Technologies Sdn Bhd Prof Madya Sr Dr Tajul Ariffin Musa berkata, Sarawak perkenal sistem ukur kadaster moden lonjak ketepatan data geospatial negeri. Foto Jazni Hanif (TVS)
 

KUCHING, 11 Nov: Usaha negeri memperkukuh ekosistem geospatial terus dipertingkat melalui pelancaran Sarawak Geocentric Datum 2020 (SGeD20) dan rangkaian SGeDNet, menandakan era baharu dalam pemodenan sistem ukur kadaster Sarawak.

Ketua Perunding Projek Uni-Technologies Sdn Bhd, Prof Madya Sr Dr Tajul Ariffin Musa, berkata inisiatif yang diperkenalkan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak itu sejajar dengan perkembangan teknologi global berasaskan Global Navigation Satellite System (GNSS) dan selaras dengan International Terrestrial Reference Frame (ITRF), menjadikan Sarawak antara negeri terawal di Malaysia menggunakan datum ukur moden.

“Peralihan daripada Datum Timbalai kepada Sarawak Geocentric Datum 2020 (SGeD20), iaitu satu datum moden berasaskan Glovbal Navigation Satellite System (GNSS) bukan sekadar kemas kini teknikal, sebaliknya melambangkan transformasi menyeluruh dalam sistem ukur, pemetaan dan pengurusan tanah negeri.

Usaha ini telah bermula sejak tahun 2011, melalui bengkel Roadmap for Survey and Mapping Modernization.” Katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Dialog Awam SGeDNet dan Pemodenan Kadaster Sarawak, di Kuching, hari ini.

Menurut beliau, sejak 2011, JTS telah merangka Roadmap Pemodenan Kadaster Sarawak berasaskan lima resolusi utama iaitu penubuhan rangkaian GNSS CORS, Datum geosentrik (SGeD20), migrasi pangkalan data kadaster digital, pemodenan sistem rujukan ketinggian dan amalan ukur moden.

“Dua daripadanya kini berjaya dilaksanakan sepenuhnya, manakala selebihnya sedang berjalan secara berperingkat.

“Manakala, ketiga Migrasi pangkalan data kadaster digital, telah mula dilaksanakan secara Pilot, keempat Pemodenan sistem rujukan ketinggian (Height System) telah dilaksanakan secara penyelidikan bersama pegawai di JTS, dan kelima amalan pengukuran dan pemodenan ukur kadaster untuk fasa lanjutan” tambah beliau lagi. -TVS


 


image Polls
image Announcement