Sesi Amanat dan Penyerahan Bendera Kontinjen MAKSAK Sarawak
28 Oktober 2025
Bilik Mesyuarat Tingkat 19, Wisma Bapa Malaysia
Sesi Amanat dan Penyerahan Bendera Kontinjen MAKSAK Sarawak telah disempurnakan oleh YBhg. Datu Buckland Bangik, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) merangkap Naib Yang DiPertua MAKSAK Sarawak, bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 19, Wisma Bapa Malaysia.
Majlis ini menjadi simbol semangat perjuangan kepada pasukan Golf MAKSAK Sarawak yang bakal beraksi di MAKSAK Games 2025 – Golf di Melaka.
Pasukan ini diketuai oleh Tuan Haji Alfian bin Bawi, bersama lapan pemain yang akan bersaing dalam kategori gross dan nett.
Semoga seluruh pasukan dapat menampilkan aksi terbaik, bermain dengan penuh semangat kesukanan, dan mengharumkan nama Sarawak di pentas MAKSAK Games 2025!
Agi Idup Agi Ngelaban!!
