YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) telah mengadakan Sesi Kunjungan kepada YBrs. Encik Awang Zamhari bin Awang Mahmood, Pengarah Tanah dan Survei Sarawak
Posted on 15 Jan 2025
Source of News: Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri
14 Januari 2025- YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) telah mengadakan Sesi Kunjungan kepada YBrs. Encik Awang Zamhari bin Awang Mahmood, Pengarah Tanah dan Survei Sarawak di Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Menara Pelita hari ini.
Sesi kunjungan ini merupakan lawatan YBhg. Dato SUPS buat julung-julung kalinya ke jabatan Kerajaan Sarawak selain daripada Jabatan Premier Sarawak dan turut dihadiri oleh para pegawai dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sarawak.
Antara intipati kunjungan ini adalah untuk terus mengeratkan hubungan baik kedua-dua pejabat dan berbincang berkenaan dengan beberapa perkara melibatkan urusan tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di Sarawak.