Pasukan yang meraih anugerah emas sempena ICQCC, masing-masing TECHSKAP mewakili Lembaga Kemajuan Bintulu(BDA), Lands Tahai Q (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang), IPOK (Pejabat Residen Mukah) dan EAGLE (Majlis Perbandaran Sibu).
Delegasi Sarawak diketuai oleh Pengarah Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak, Superi Awang Said berjaya menonjolkan prestasi cemerlang melalui semangat berpasukan yang tinggi.
Superi melahirkan rasa bangga terhadap usaha pasukan ICC Sarawak yang terus mengangkat nama Sarawak ke persada antarabangsa.
“Pencapaian ini mencerminkan budaya inovasi dan kreativiti yang diterapkan melalui Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) dan menjadi bukti kesediaan pasukan ICC untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” kata Superi.
ICQCC 2024 disertai 594 pasukan dari 15 negara, merupakan platform global bagi mempamerkan inisiatif kawalan kualiti dan idea inovatif.
Kejayaan pasukan Sarawak ini membuktikan usaha SCS dalam memupuk budaya kecemerlangan dan peningkatan berterusan, menjadikan perkhidmatan awam negeri ini mampu menawarkan perkhidmatan bertaraf dunia.