News

 

Pemilik tanah terima pampasan RM1.6 juta

Posted on 16 Oct 2024
Source of News: Suara Sarawak

SARIKEI: Seramai 46 pemilik tanah menerima pampasan yang keseluruhannya bernilai RM1.6 juta di Dewan Masyarakat Pakan, hari ini.

Kawasan terlibat seluas 23 hektar bagi projek membina dan menyiapkan Jalan Ulu Paku Kota Link serta naik taraf Jalan Ulu Paku Sarikei.

Projek telah diluluskan Pihak Berkuasa Perancang Negeri (SPA) pada 13 Mei tahun lalu melibatkan laluan sepanjang tiga kilometer (km).

Pada masa sama seramai 77 pemilik tanah turut menerima surat hak milik tanah Seksyen (KTN) bagi Pakan, Sesco dan Entabai yang melibatkan kawasan seluas 3,977.24 hektar.

Majlis penyerahan disempurnakan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh yang mewakili Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Datuk Len Talif Salleh mewakili Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyampaikan surat hak milik tanah kepada salah seorang penerima. Kelihatan sama, Tan Sri William Mawan Ikom.



image Polls
image Announcement