News

 

Hampir 25 peratus tanah di Sibu disukat di bawah Program Pengukuran Tanah NCR

Posted on 01 Oct 2024
Source of News: Utusan Borneo

SIBU: Seluas 202,212 hektar tanah di bahagian Sibu telah disukat di bawah Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Inisiatif Baharu Peringkat 1, Pengukuran Perimeter sejak dilaksanakan dari 2010 hingga September 2024.

Penguasa JTS Bahagian Sibu Mohamad Muazziz Othman berkata keluasan ini bersamaan dengan hampir 25 peratus atau 1/4 daripada keluasan bahagian Sibu (827,830 hektar) dan hampir dua kali lebih besar dari negeri Pulau Pinang.

Menurutnya, sebanyak 73 kawasan disukat di mana 49 kawasan telah diwartakan termasuk tiga kawasan yang telah diserahkan semalam manakala 24 kawasan masih dalam pelbagai peringkat semakan sebelum diwartakan.

“Secara umumnya di bahagian Sibu, kita tidak mempunyai masalah yang besar berkaitan dengan Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu.

"Ini adalah hasil program-program dialog/sesi taklimat dilaksanakan oleh pihak jabatan. 

“Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli yang berhormat tempatan yang turut menyelitkan sesi taklimat dalam program-program yang mereka anjurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Warta Komunal Rizab Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini hari ini.

Majlis penyerahan surat tanah dan warta disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan.

Selain itu katanya, JTS Bahagian Sibu juga sering diundang oleh ketua masyarakat, tuai rumah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk mengadakan sesi penerangan.

"Oleh yang demikian, rata-rata masyarakat faham dan jelas tentang Program Pengukuran Tanah NCR ini," jelasnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan berlaku sedikit pertelingkahan antara penuntut berkenaan dengan sempadan tanah yang mereka tuntut dan juga pihak yang berhak menuntut tanah tersebut.

Dalam kes sedemikian, beliau menggesa pihak-pihak berkepentingan supaya menyelesaikan masalah mereka terlebih dahulu dan JTS menggunakan sumber tenaga juruukur sedia ada untuk menyukat di kawasan lain terlebih dahulu.

“Usaha menyukat tanah untuk pengeluaran Hak Milik Tanah Seksyen 18 akan diteruskan. 

“Tentu sekali keutamaan diberi berdasarkan kesediaan pemilik tanah di mana dokumentasi adalah lengkap, rintis sempadan dilaksanakan oleh penuntut dan terdapat kebolehcapaian kepada tanah yang hendak disukat tersebut.

“Seperti yang telah saya nyatakan hasil akhirnya adalah pengeluaran surat hak milik tanah, walaupun demikian sehingga proses tersebut selesai tanah NCR yang sahih adalah tetap diiktiraf oleh kerajaan. 

"Tanah tersebut masih boleh diusahakan oleh pemilik dan sekiranya tanah NCR tersebut terlibat dan diperlukan untuk projek pembangunan kerajaan, pampasan tetap akan dibayar,” jelasnya.

Oleh yang demikian, beliau ingin memohon komitmen dan kerjasama penuntut terlibat agar kerja-kerja pengukuran individu ini dapat dijalankan dengan lancar.

“Dengan usaha berterusan kerajaan melalui Jabatan Tanah dan Survei Sarawak mengukur NCR yang sah, ini memberi sekuriti atau jaminan kepada penuntut dan pemilikan tanah kepada penuntut-penuntut NCR di seluruh Sarawak,” katanya.


Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 05 Sep 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement