News

 

Sarawak antara wilayah pertama teroka tenaga boleh diperbaharui daripada rumput hasil biojisim

Posted on 25 Sep 2024
Source of News: Suara Sarawak

 
KUCHING: Sarawak antara wilayah yang pertama meneroka tenaga yang boleh diperbaharui daripada rumput yang menghasilkan biojisim.
 
Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penanaman rumput yang sinomin dengan penghasilan makanan untuk haiwan ternakan kini boleh dijadikan tenaga biojisim setelah diproses.
 
Katanya, rumput jenis hibrid tropika ini ditanam di kawasan seluas 800 ekar di Bintulu yang boleh dituai dalam tempoh tiga bulan.
 
Ia kemudian diproses untuk dijadikan bahan mentah bagi tenaga boleh diperbaharui.
“Kita adalah yang pertama di rantau ini untuk menghasilkan biojisim daripada rumput. Sesuatu yang agak baharu.
 
“Menanam rumput bukan sahaja untuk kerbau atau lembu, yang secara tradisinya kita tahu secara konvensional (makanan ternakan).
 
“Ia adalah untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi menggantikan arang batu sebagai biojisim,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan Minggu Geoinformasi 2024 di sini hari ini.
 
Turut hadir, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei, Awang Zamhari Awang Mahmood, dan Pengerusi Minggu Geoinformasi 2024, Profesor Dr Alias Abdul Rahman.
 
Menurut Abang Johari, dengan tanah yang terhad, penggunaannya perlu dioptimumkan dengan menggunakan teknologi terkini seperti teknologi satelit dan digital.
 
Ini, katanya, bagi memastikan rakyat mengetahui status tanah mereka dan memastikan tiada pertindihan tanah dan sempadan antara pemilik tanah serta pertindihan antara tanah hak adat bumiputera (NCR) dengan tanah negeri.
 
“Kerajaan Sarawak memberi penekanan terhadap perkara itu.
 
“Itulah sebabnya kita membelanjakan wang dan melabur dalam teknologi.
 
“Pengarah JTS menyebut tentang LASIS.
 
“LASIS adalah untuk kita memaklumkan kepada orang ramai tentang status tanah mereka, sama ada tanah mereka bertindih dengan pemilik tanah lain, di mana sempadannya, sama ada tanah anda NCR atau tidak, sama ada ia tanah negeri.
 
“Rakyat harus mengetahui maklumat ini. Mereka harus dimaklumkan untuk mengelakkan pertindihan,” ujarny


image Polls
image Announcement