Landas Kasihnya Warisan Dinobatkan Sebagai Raja Sungai Regata Mukah 2024
Posted on 22 Jul 2024
Source of News: UKAS Sarawak
MUKAH: Pasukan Landas Kasihnya Warisan mendominasi saingan tiga teratas seterusnya meraih gelaran Raja Sungai tahun ini selepas menjuarai kategori Bidar 30 Pekayuh Lelaki sempena Regata Mukah 2024.
Penerima gelaran Raja Sungai edisi 2024 ini dengan menggunakan nama perahu Kasihnya Warisan Satu menewaskan perahu Landas Satu di tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi oleh Landas Dua dalam aksi sengit petang Ahad.
Raja Sungai membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 beserta piala kemenangan.
Naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM10,000 dan RM6,000.
Tempat keempat pula dimenangi oleh Cahaya Kekal Satu dari Cahaya Kekal Team dengan wang kemenangan RM4000.
Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato' Hanifah Hajar Taib.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine dan ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi.
Regata Mukah 2024 telah berlangsung selama tiga dan melabuhkan tirai pada lewat Ahad.