News

 

Premier Sarawak dikurniakan darjah setia Negara Brunei Darussalam

Posted on 16 Jul 2024
Source of News: Cats FM
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Julai - Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah antara para penerima darjah kebesaran negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78 hari ini.

Datuk Patinggi Abang Johari dianugerahkan Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama P.S.N.B yang membawa gelaran Dato Seri Setia, yang dikurniakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Istiadat Pengurniaan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam diadakan di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan.




image Polls
image Announcement