News

 

Abang Johari dikurniakan gelaran Dato Sri Setia

Posted on 16 Jul 2024
Source of News: Suara Sarawak

Abang Johari menerima Bintang Darjah Setia Negara Brunei pada Hari Keputeraan Sultan dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78, hari ini, di Brunei Darussalam.

KUCHING: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini mengurniakan Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama (PSN) membawa gelaran Dato Sri Setia kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier menerima anugerah berkenaan bersempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78, hari ini.

Istiadat Pengurniaan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam telah diadakan di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan.



image Polls
image Announcement