News

 

Abang Johari terima darjah kebesaran Brunei Darussalam

Posted on 16 Jul 2024
Source of News: Utusan Borneo


Abang Johari (kiri) dianugerahkan Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama P.S.N.B yang membawa gelaran 'Dato Seri Setia' oleh Sultan Hassanal Bolkiah. - Gambar Pejabat Premier Sarawak

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ialah antara penerima darjah kebesaran Brunei Darussalam pada hari ini.

Beliau telah dianugerahkan Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama P.S.N.B yang membawa gelaran 'Dato Seri Setia' pada Hari Keputeraan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang ke-78.

Penganugerahan telah dikurniakan oleh Sultan Hassanal Bolkiah.

Istiadat Pengurniaan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam telah diadakan di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan hari ini.



image Polls
image Announcement