News

 

Pasukan PBB Sarawak Ungguli Pertandingan Lumba Rakit Baleh Kapit

Posted on 15 Jul 2024
Source of News: UKAS Sarawak

KAPIT: Pasukan PBB Sarawak muncul juara Pertandingan Lumba Rakit kategori Lelaki Rakit Buluh Terbuka sempena Safari Rakit Baleh Kapit Ke-27 Tahun 2024 yang melabuhkan tirainya di Terminal Penumpang Boat Express Kapit pada Ahad.

Kemennagan itu membolehkan pasukan itu merangkul wang tunai berjumlah RM6,000 beserta trofi dan medal.

Tempat kedua kategori itu disandang Kementerian Digital untuk meraih RM3,500 serta medal.

Manakala pasukan Kut Muara di tempat ketiga bagi membawa pulang RM2,500 dan medal.

Dalam pada itu, perlumbaan Wanita Buluh Terbuka pula diungguli Biro Wanita Rh.Ukau, APM KAPIT sebagai naib juara dan Rando Kapit di tempat ketiga.

Kategori Rakit Berhias pula menyaksikan penguasaan SK Nanga Oyan, disusuli Rando Kapit di tempat kedua dan Song Cops A tempat ketiga.

Perlumbaan kategori Perahu Kayuh Terbuka turut menarik menyaksikan Kementerian Digital dinobatkan johan.

Landas Kapit di tempat kedua dan PDRM Kapit di tempat ketiga.

Hadir menyaksikan perlumbaan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Turut serta ialah Timbalan Menteri Digital Malaysia merangkap Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, ADUN Baleh Nicholas Kudi Jantai, Residen Bahagian Kapit Galong Luang serta tetamu lain.

Sementara itu, perlumbaan akhir Power Boat turut rancak menyaksikan dominasi Pasaka 25 dalam kategori 50HP selepas mengatasi cabaran pasukan di tempat kedua, Raja Kerbau Gemilang 110 dan String Ray 82 di tempat ketiga.

Perlumbaan kategori 30HP 3CYL pula dimenangi Raja Kerbau 163, tempat kedua Athena 64 dan Murphink 45 di tempat ketiga.

Tidak kurang menarik perlumbaan akhir 18hp yang dimenangi Alta Kuda Laut 46, sambil GB GROUP 18 tempat kedua dan Pasaka 11 tempat ketiga.

Terdahulu, Dato Sri Alexander menyempurnakan Pelepasan para peserta Safari Rakit Baleh 2024 edisi ke-27 dari lokasi ke-2 Rumah Ukau,Bawai, Baleh, Kapit di Rh.Ukau, Ng.Bawai, Baleh pada jam 8.30 pagi.

Mengiringi beliau ialah ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang serta ketua-ketua agensi Kerajaan.

Hampir 2000 penonton memeriahkan Terminal Penumpang Boat Express Kapit untuk menyaksikan perlumbaan selama dua hari itu.

Menariknya, saingan kali ini berjaya menarik penyertaan peserta dari seluruh bahagian Sarawak termasuk pasukan dari Negara Brunei Darussalam. - EDISI UKAS


image Polls
image Announcement