News

 

Sarawak Media Group-Jabatan Tanah dan Survei perkukuh kerjasama

Posted on 29 Jun 2024
Source of News: TVS

Kushairi Abang, Awang Zamhari Awang Mahmood dan Mohamad Sardon Zainal pada sesi kunjungan hormat di Menara Pelita, Kuching, hari ini. Foto TVS

KUCHING, 28 Jun: Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group (SMG), Kushairi Abang mengetuai kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Tanah dan Survei, Awang Zamhari Awang Mahmood, hari ini.

Kunjungan hormat di Ibu Pejabat Tanah dan Survei, Menara Pelita di sini, turut disertai Ketua Pegawai Media SMG Mohamad Sardon Zainal.Kushairi Abang mengetuai kunjungan hormat ke atas Awang Zamhari Awang Mahmood. Foto TVS

Kunjungan hormat itu bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak serta mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai fungsi dan peranan Jabatan Tanah dan Survei dalam pengurusan tanah, sumber asli dan pembangunan wilayah.

Pertemuan ini membuka ruang bagi perbincangan mengenai pelbagai isu berkait antara dua pihak dan inisiatif yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat di samping mempertingkatkan penyampaian maklumat yang tepat dan menyeluruh kepada orang awam.

Kunjungan ini juga bertujuan membincangkan hala tuju dan kerjasama strategik dalam memperkenalkan pelbagai program serta inisiatif yang diperkenalkan SMG.

Dalam pada itu, Awang Zamhari berharap hasil perbincangan dan kunjungan ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. – TVS

 


image Polls
image Announcement