News

 

JTS patahkan aktiviti pindah bahan batuan secara haram

Posted on 21 May 2024
Source of News: Utusan Sarawak
KUCHING:Jabatan Tanah dan Survei (JTS), hari ini, berjaya mematahkan aktiviti pemindahan bahan batuan tanpa kelulusan yang dilakukan di Bahagian Bintulu.

JTS dalam kenyataan berkata, dalam operasi yang dilaksanakan, sebanyak 17 jentera berat yang digunakan bagi menjalankan aktiviti berkenaan disita sebagai bahan bukti.

Katanya, aktiviti ini berjaya dikesan hasil daripada rondaan yang dilaksanakan.

Kes akan disiasat di bawah seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81).

"Adalah menjadi satu kesalahan menjalankan aktiviti pengorekan atau pemindahan bahan batuan tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Survei," katanya.

Dalam pada itu, JTS juga meminta orang awam untuk menyalurkan maklumat berhubung dengan aktiviti ini kepada Jabatan melalui talian 082-374555 (Ibu Pejabat), perkhidmatan Talikhidmat melalui laman sesawang www.talikhidmat.sarawak.gov.myatau panggilan ke nombar 555999.

Gambar
RAMPAS.... Antara jentera yang terlibat dalam aktiviti pemindahan bahan batuan.






image Polls
image Announcement