News

 

PENGOREKAN/PEMINDAHAN BAHAN TANAH TANPA KELULUSAN DI BAWAH SEKSYEN 32A KANUN TANAH NEGERI (BAB 81)

Posted on 21 May 2024
Source of News: UNIT PERHUBUNGAN AWAM , JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK
Pada 21.05.2024, Jabatan Tanah dan Survei telah berjaya mematahkan aktiviti pemindahan bahan batuan tanpa kelulusan yang dilakukan di Bahagian Bintulu.
 
Dalam operasi yang dilaksanakan, sebanyak 17 buah jentera berat yang digunakan bagi menjalankan aktiviti berkenaan telah disita sebagai bahan bukti.
 
Aktiviti ini berjaya dikesan hasil daripada rondaan yang dilaksanakan. Kes akan disiasat di bawah seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81).
 
Adalah menjadi satu kesalahan menjalankan aktiviti pengorekan/pemindahan bahan batuan tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Survei.
 
Orang ramai juga adalah dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung dengan aktiviti  ini kepada Jabatan melalui talian 082-374555 (Ibu Pejabat), perkhidmatan Talikhidmat melalui laman sesawang www.talikhidmat.sarawak.gov.my atau panggilan ke nombar 555999. 
 
Tamat
 
 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK
 
 
Tarikh :  21/05/2024







Jentera – jentera yang terlibat dalam aktiviti pemindahan bahan batuan.


image Polls
image Announcement