News

 

100 penduduk hadiri dialog kelulusan penyukatan semula Kampung Triso

Posted on 14 May 2024
Source of News: Utusan Sarawak


Sebahagian daripada penduduk kampung yang hadir pada sesi dialog tersebut di Kampung Triso.

SRI AMAN: Seramai 100 penduduk Kampung Triso, Maludam menghadiri sesi dialog kelulusan penyukatan semula Kampung Triso di Dewan Serba Guna Kampung Triso hari ini.

Taklimat itu diadakan bagi memaklumkan kepada penduduk di Kampung Triso bahawa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) menjalankan kerja-kerja penyukatan kampung mereka dalam masa terdekat setelah mendapat kelulusan daripada ibu pejabat. 

Selain itu, penyukatan ini merupakan satu pengiktirafan kerajaan mengeluarkan surat hak milik tanah kekal di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dan Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

Terdahulu, sesi dialog lapangan bagi pengukuran Kampung Tradisonal Triso Darat dan penerangan inisiatif baharu NCR di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dan Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri disampaikan oleh Penolong Pentadbir Tanah JTS Bahagian Betong Hasmadi Samsudin.

Turut diadakan sesi dialog pengukuran Kampung Tradisional Triso dan sesi penerangan kaedah penyukatan yang disampaikan oleh pegawai Jabatan Tanah dan Survei Betong Mohamad Sulong Othman.

Menurutnya, JTS Betong dalam proses penyukatan semula Kampung Triso bermula Oktober tahun ini. 

Hadir sama Pegawai Pejabat Residen Betong Ramsay Selat, Penghulu Mahli Ismail, Ketua Masyarakat Kawasan Triso Awang Mos Sulaiman serta wakil  Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga Awang Najit Awang Sohor.

 


image Polls
image Announcement