News

 

Awang Zamhari Awang Mahmood dilantik sebagai Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak

Posted on 29 Apr 2024
Source of News: Suara Sarawak

Serah terima tugas bagi jawatan Pengarah Pengurusan Jabatan Tanah dan Survei antara Abdullah (kiri) dengan Awang Zamhari (kanan). | Foto: Ramidi Subari

KUCHING: Awang Zamhari Awang Mahmood telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak untuk menggantikan Datuk Abdullah Julaihi.

Abdullah ketika berucap berkata, Awang Zamhari merupakan calon yang sesuai untuk menggantikannya melihat kepada prestasi yang ditunjukkannya.

“Awang merupakan seorang yang sangat bekerja keras dan komited dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

“Sikap sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan dedikasi terhadap kerja menunjukkan kredibiliti beliau untuk menjadi seorang pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Amanat Pengarah dan Serah Terima Tugas Jabatan Tanah dan Survei Sarawak di sebuah hotel di sini, hari ini.

Awang Zamhari yang berasal dari Mukah mempunyai pengalaman dalam bidang berkenaan kerana menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan Jabatan sejak tahun 2019.

Sebelum bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan, beliau menyandang jawatan Penolong Pengarah Tanah dan Penguasa Bahagian Mukah dan Limbang.

Sementara itu, lantikan pengurusan jawatan yang lain termasuk Rozlan Putit sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan Jabatan, diikuti lantikan Sr Norlina Ra’ee sebagai Timbalan Pengarah Operasi.
 

Jawatan Penolong Pengarah Penilaian diamanahkan kepada Sr Alfian Bawi, manakala tugas Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Kuching diserahkan kepada Awang Nazri Awang Saperi.

Dalam pada itu, Abdullah akan menerajui Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar sebagai Setiausaha Tetap kementerian tersebut bermula 2 Mei 2024.


 


image Polls
image Announcement