News

 

Awang Zamhari kini Pengarah JTS, Abdullah Setiausaha Tetap

Posted on 29 Apr 2024
Source of News: Utusan Sarawak
KUCHING: Awang Zamhari Awang Mahmod dilantik sebagai Pengarah Jabatan Tanah dan Survei (JTS) negeri yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan tempat Datu Abdullah Julaihi yang dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar pada 2 Mei ini.

Awang Zamhari berasal dari Mukah sebelum ini adalah Timbalan Pengarah (Pengurusan) jabatan itu sejak 2019.
Sebelum dilantik menjadi Timbalan Pengarah Pengurusan, beliau pernah menyandang jawatan Penolong Pengarah Tanah dan Penguasa Bahagian Mukah dan Limbang.

Dalam pada itu, pelantikan baharu bagi jawatan-jawatan lain adalah Timbalan Pengarah Pengurusan baharu Rozlan Putit; Timbalan Pengarah Operasi Sr Norlina Ra'ee; Penolong Pengarah Penilaian Sr Alfian Bawi dan Pengusaha Tanah dan Survei Bahagian Kuching Awang Nazri Awang Saperi.

Sementara itu, Abdullah mula menyandang jawatan Pengarah Tanah dan Survei Sarawak bermula 3 September 2019.
Beliau telah berkhidmat di Jabatan Tanah dan Survei bermula pada 7 Jun 1993 sebagai Pegawai Tadbir.

Di bawah kepemimpinan Abdullah, JTS telah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan antaranya Anugerah Emas pada Anugerah Intergriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) 2023; Anugerah Emas Setiausaha Kerajaan Sarawak 2022, Special Achievement Award in GIS (SAG), Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2023 dan Anugerah Ketua Menteri Sarawak 2019.

Oleh Azreen Keria




SERAH...Datu Abdullah Julaihi (kiri),menyerahkan tugas kepada Pengarah Tanah dan Survei Sarawak yang baharu, Awang Zamhari Awang Mahmood


image Polls
image Announcement