picture

News

 

ADUN Ngemah Hadir Dialog Tanah NCR

Posted on 03 Mar 2024
Source of News: UKAS Sarawak

KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana menghadiri sesi dialog Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Dewan Datuk Aaron Bawan Kanowit baru-baru ini.

Sesi dialog tersebut melibatkan pemilik tanah NCR bagi kawasan Bousted Pelita Kanowit Blok B.

Pelaksanaan sesi dialog ini adalah bagi peringkat 1, Pengukuran Individu Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN).

Dalam ucapan ringkasnya, Anyi berharap agar pemilik tanah NCR di kawasan yang terlibat dapat memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Sibu.

Beliau juga berharap agar pihak JTS dapat memberi penerangan yang jelas mengenai pelan kawasan yang dipohon untuk kerja-kerja pengukuran tanah bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan pemilik tanah NCR yang terlibat.

Hadir sama wakil penguasa JTS Bahagian Sibu Vivilyn Wesley Kapi, Ketua Polis Daerah DSP Dennis Bunyan, Pengulu Lembat Atau dan Juru ukur JTS Awan Amal.-EDISI UKAS



picture Polls
picture Announcement