picture

News

 

Jabatan Tanah dan Survei Raih Emas Anugerah Integriti, Governans Dan Anti Rasuah

Posted on 02 Mar 2024
Source of News: UNIT PERHUBUNGAN AWAM , JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK

Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak telah menerima Anugerah Emas pada Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) 2023 anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) bertempat di Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya.
                              
Anugerah Emas ini telah disampaikan oleh Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia mewakili YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam. Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, Datu Abdullah bin Julaihi telah hadir bagi menerima anugerah ini.
 
Penyertaan JTS yang julung kali ini dengan pengiktirafan anugerah Emas AIGA membuktikan komitmen dan kesungguhan Jabatan dalam pembudayaan dan amalan integriti serta tatakelola yang baik di Jabatan.
 
Hadir bersama mewakili Jabatan pada majlis ini adalah Timbalan Pengarah Pengurusan JTS, Awang Zamhari bin Awang Mahmood, Timbalan Pengarah Operasi, Rozlan bin Haji Putit dan Pegawai Integriti Bertauliah, Hajah Siti Romiza binti Romali.
AIGA 2023 merupakan edisi ketiga penganjurannya oleh IIM sejak ia mula diadakan pada tahun 2020. AIGA 2023  telah menerima sejumlah 154 penyertaan dari agensi kerajaan dan swasta. Antara kriteria yang dinilai pada Anugerah AIGA ini ialah pelaksanaan Anti-Bribery Management System (ABMS), Pelan Anti Rasuah Organisasi dan tambahan penilaian dari segi keselamatan dan kesihatan pekerjaan.  


picture Polls
picture Announcement