picture

News

 

Awang Tengah hadiri Mesyuarat Mineral Negara Kedua

Posted on 09 May 2023
Source of News: Utusan Borneo


Awang Tengah (tengah) membentangkan permohonan peruntukan tambahan untuk pembangunan pemetaan geologi dan kajian sumber mineral di Sarawak di Putrajaya hari ini..

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Mesyuarat Mineral Negara Kedua yang diadakan Putrajaya hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof turut dihadiri Menteri Besar dari negeri-negeri seluruh Malaysia.

Antara isu yang dibentangkan oleh Sarawak adalah permohonan peruntukan tambahan untuk pembangunan pemetaan geologi dan kajian sumber mineral di Sarawak.

Awang Tengah turut menekankan kepentingan Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 yang menyenaraikan perlombongan sebagai sebagai salah satu fokus.

Turut hadir bersama adalah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak Datu Zaidi Mahdi dan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Datu Abdullah Julaihi.


picture Polls
picture Announcement