picture

News

 

RM6 Juta Diperuntuk Bina Baharu Masjid Darul Firdaus Sibu

Posted on 06 May 2023
Source of News: UKAS Sarawak

SIBU: Sebanyak RM5 juta diperuntukkan oleh Baitulmal Sarawak dan RM1 juta disumbangkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia, Dato Sri Fadillah Yusof bagi membina baharu Masjid Darul Firdaus Sibu.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, ia membolehkan jawatankuasa Masjid Darul Firdaus meningkatkan kapasiti jemaah antara 600 sehingga 1000 orang pada satu-satu masa.

“Jadi dengan sumbangan ini, mereka dapat memulakan pembinaan ini dalam masa yang terdekat.

“Kalau kita lihat dari segi tapak ini agak terdedah dengan banjir, oleh itu tapak tersebut akan ditembok untuk mengelak banjir berlaku pada masa yang akan datang memandangkan kawasan ini juga merupakan kawasan yang pesat dan mungkin sebab itu memerlukan kos pembinaan yang agak tinggi daripada jangkaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menyempurnakan penyerahan surat Hak Milik Tapak Tanah Masjid Darul Firdaus (MDF) di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Hamzah A.Beeran pada Jumaat.

Datuk Len dalam pada itu berharap agar orang ramai turut sama menyumbang bagi menjayakan perancangan yang dilakukan oleh jawatankuasa masjid tersebut untuk manfaat penduduk setempat dalam mengimarahkan program-program masjid. -EDISI UKAS



picture Polls
picture Announcement