Dimaklumkan bahawa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah mempelawa penduduk-penduduk kampung di kawasan Kampung (SPK) Badong Fasa I, Daro, Kampung (SPK) Halud Fasa I, Matu, Kampung (SPK) Jemoreng Fasa I, Matu, Kampung (SPK) Lemang Pek/Kampung Tengah/ Kampung Pangtray Fasa I, Daro, Kampung (SPK) Masjid/Kampung Panchor/ Kampung Baru Fasa I, Daro, Kampung (SPK) Rajang Baru, Tanjung Manis, Kampung (SPK) Tian, Matu dan Kampung (SPS) Matu Fasa I, Matu untuk mengemukakan permohonan bagi mengisi kekosongan lot-lot kediaman di Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) tersebut. Keutamaan dalam pemilihan dan pengagihan lot di Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) adalah seperti berikut:-
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Sistem ARES yang boleh diakses di laman web rasmi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, https://landsurvey.sarawak.gov.my. Untuk makluman, butiran permohonan yang dikemukakan adalah terpelihara serta sulit dan hanya digunakan untuk proses permohonan ini sahaja.
TARIKH BUKA : 11 MAC 2019
TARIKH TUTUP : 10 MEI 2019
Untuk sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Pegawai Seranta kami Encik Mohammad Syarfalah Hisham Bin Ramli/Encik Awang Abdul Shawal Bin Haji Awang Boni/Cik Laila Binti Asri di Pejabat Tanah dan Survei Bahagian Mukah, waktu pejabat di talian (084-873309/084-873315).
Nota: Sila muat turun notis di sini untuk maklumat lebih lanjut.