Page 13 - Metamorfosis Evolusi Inovasi dan Kualiti JTS Sarawak
P. 13
PRAKATA KETUA EKSEKUTIF EDITOR
Salam Sejahtera, Salam Inovasi dan Salam 1LANDAS,
Buku “Metamorfosis : Evolusi Pembudayaan Inovasi dan Kualiti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak”
merupakan sebuah buku Piktorial berupa garapan semua inisiatif kualiti dan penglibatan Jabatan Tanah dan
Survei Sarawak dalam semua program kualiti yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
bermula seawal tahun 1994 sehingga kini.
Buku ini juga memaparkan perjalanan dan kemajuan yang dicapai oleh Jabatan Tanah dan Survei dalam
membudayakan amalan kualiti, inovasi serta integriti dalam organisasi selaras dengan dasar kualiti perkhidmatan
awam. Penerbitan buku ini adalah ilham dan aspirasi daripada Tuan Pengarah Tanah dan Survei Encik Abdullah
Julaihi. Beliau ingin memastikan agar semua inisiatif kualiti dan komitmen Jabatan Tanah dan Survei dalam
menyampaikan perkhidmatan secara efisien dan efektif direkodkan sebagai rujukan serta penanda aras kepada
semua kakitangan di Jabatan Tanah dan Survei Sarawak. Di samping itu, Jabatan juga ingin berkongsi maklumat
dan pengalaman dengan agensi lain dalam perkhidmatan awam.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada kepimpinan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak terutama
Tuan Pengarah, Encik Abdullah Julaihi kerana telah meletakkan kepercayaan dan amanah kepada saya dan
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian untuk menghasilkan buku “Metamorfosis : Evolusi Pembudayaan
Inovasi dan Kualiti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak”. Amanah ini merupakan satu kebanggaan dan
JACQUELINE GEORGE PAOU pengalaman yang begitu bernilai buat Pejabat Bahagian Serian khususnya pasukan editorial. Jutaan terima kasih
Penguasa Tanah dan Survei kepada pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan serta warga luar biasa Jabatan Tanah dan Survei Sarawak yang telah
menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam penerbitan buku ini. Sokongan dan sumbangan
Bahagian Serian semua pihak dalam penerbitan buku ini menggambarkan semangat serta komitmen warga Jabatan Tanah dan
Survei dalam membudayakan kualiti dan integriti dalam organisasi ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri (UPPN), Jabatan Ketua
Menteri khususnya Pengarah UPPN, Encik Michael Ronnie Langgong dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Pengiktirafan dan Penyelidikan, Encik Dolhadi Marzuki yang turut berkongsi maklumat dalam penerbitan buku
ini.
Akhir sekali, terima kasih dan syabas kepada pasukan editorial yang telah bertungkus-lumus dalam
menghasilkan Metamorfosis: Evolusi Pembudayaan Inovasi Dan Kualiti Jabatan Tanah dan Survei
Sarawak.
Sekian, terima kasih.