Page 12 - Metamorfosis Evolusi Inovasi dan Kualiti JTS Sarawak
P. 12

PRAKATA KETUA EKSEKUTIF EDITOR






                                                                 Salam Sejahtera, Salam Inovasi dan Salam 1LANDAS,


                                                                 Buku “Metamorfosis : Evolusi Pembudayaan Inovasi dan Kualiti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak”
                                                                 merupakan sebuah buku Piktorial berupa garapan semua inisiatif kualiti dan penglibatan Jabatan Tanah dan
                                                                 Survei Sarawak dalam semua program kualiti yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
                                                                 bermula seawal tahun 1994 sehingga kini.


                                                                 Buku ini juga memaparkan perjalanan dan kemajuan yang dicapai oleh Jabatan Tanah dan Survei dalam
                                                                 membudayakan amalan kualiti, inovasi serta integriti dalam organisasi selaras dengan dasar kualiti perkhidmatan
                                                                 awam. Penerbitan buku ini adalah ilham dan aspirasi daripada Tuan Pengarah Tanah dan Survei Encik Abdullah
                                                                 Julaihi. Beliau ingin memastikan agar semua inisiatif kualiti dan komitmen Jabatan Tanah dan Survei dalam
                                                                 menyampaikan perkhidmatan secara efisien dan efektif direkodkan sebagai rujukan serta penanda aras kepada
                                                                 semua kakitangan di Jabatan Tanah dan Survei Sarawak. Di samping itu, Jabatan juga ingin berkongsi maklumat
                                                                 dan pengalaman dengan agensi lain dalam perkhidmatan awam.

                                                                 Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada kepimpinan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak terutama
                                                                 Tuan Pengarah, Encik Abdullah Julaihi kerana telah meletakkan kepercayaan dan amanah kepada saya dan
                                                                 Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian untuk menghasilkan buku “Metamorfosis : Evolusi Pembudayaan
                                                                 Inovasi dan Kualiti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak”. Amanah ini merupakan satu kebanggaan dan
           JACQUELINE GEORGE PAOU                                pengalaman yang begitu bernilai buat Pejabat Bahagian Serian khususnya pasukan editorial. Jutaan terima kasih
           Penguasa Tanah dan Survei                             kepada pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan serta warga luar biasa Jabatan Tanah dan Survei Sarawak yang telah
                                                                 menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam penerbitan buku ini. Sokongan dan sumbangan
                   Bahagian Serian                               semua pihak dalam penerbitan buku ini menggambarkan semangat serta komitmen warga Jabatan Tanah dan

                                                                 Survei dalam membudayakan kualiti dan integriti dalam organisasi ini.


                                                                 Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri (UPPN), Jabatan Ketua
                                                                 Menteri khususnya Pengarah UPPN, Encik Michael Ronnie Langgong dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian
                                                                 Pengiktirafan dan Penyelidikan, Encik Dolhadi Marzuki yang turut berkongsi maklumat dalam penerbitan buku
                                                                 ini.


                                                                 Akhir sekali, terima kasih dan syabas kepada pasukan editorial yang telah bertungkus-lumus dalam
                                                                 menghasilkan Metamorfosis: Evolusi Pembudayaan Inovasi Dan Kualiti Jabatan Tanah dan Survei
                                                                 Sarawak.


                                                                 Sekian, terima kasih.




    12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17